Piagam Pelanggan
Bahawa kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Langkap, Setiu
berjanji akan berkhidmat secara profesional dengan penuh iltizam kepada
pelanggan kami seperti berikut:
Murid:
-
Memastikan semua pelajar menerima pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
mengikut masa yang diperuntukkan.
-
Memastikan semua murid mendapat layanan yang mesra dan adil
-
Memastikan semua murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif, fizikal
sekolah yang menarik dan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran
yang terbaik.
-
Memastikan semua murid dapat belajar dalam persekitaran, kemudahan fizikal dan
peralatan yang selamat.
-
Memastikan semau murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun
berikutnya menerima buku teks pada hujung tahun semasa, sebelum sesi
persekolahan berakhir.
-
Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum
sekurang-kurangnya satu persatuan, satu unit Pasukan Pakaian Seragam dan satu
aktiviti Sukan/Permainan mengikut minat dengan kebenaran ibu bapa/penjaga
mereka.
Staf
-
Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing
sekurang-kurangnya dua kali setahun,
-
Memastikan semua staf berpeluang menyumbangkan tenaga dan fikiran dalam suasana
yang mesra. terbuka dan telus.
-
Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil
tindakan segera, tidak lebih dari tiga hari.
-
Bersediakan untuk memberikan khidmat yang cemerlang, peka dengan perkembangan
semasa untuk membantu peningkatan akademik, kokurikulumdan dan sahsiah pelajar.
Waris
-
Setiap waris pelajar yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan
mesra.
-
Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberi tidak lebih dari tiga
hari bekerja.
-
Setiap cadangan/usul yang baik dan praktikal akan dipertimbangkan oleh pihak
sekolah.
-
Mewujudkan hubungan baik dan mesra dengan ibubapa/penjaga dan komuniti
setempat agar wujud satu pemuafakatan bijak antara komuniti dengan warga Sekolah
Menengah Kebangsaan Langkap,Setiu bagi menjayakan VISI, MISI, SLOGAN, dan MOTTO
sekolah.
Pejabat Pelajaran Daerah,Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah diambil tindakan selewat-lewatnya sehari
selepas surat/arahan diterima.
-
Menjalankan arahan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah secara jujur dan penuh bertanggungjawab.
 |